SaHaBat

Ahad, 2 Januari 2011

Salam 2011 dari Pengasas V2



Salam 2011.. dari Pengasas Kosmetik halal V2.

‘Jadikan V2 sebagai ikon kosmetik halal’

Salam sejahtera dari kosmetik halal V2..
Tahun 2010 telah berlalu, dan sekarang kita berada dihari pertama tahun 2011. Pelbagai kisah suka duka, pengalaman pahit manis telah kita harungi disepanjang tahun 2010, namun hari ini semuanya telah menjadi sejarah. Apa yang penting adalah bagaimana kita memulakan perjalanan kita pada tahun baru.. dengan azam dan iltizam yang baru.
Dunia perniagaan kosmetik pada tahun 2010 bagi saya sangat mencabar. Amat sukar melalui julat 12 bulan yang lalu dengan keadaan pasaran kosmetik yang kabur dan tidak berkembang. Lambakan jenama kosmetik sangat banyak menyebabkan penawaran produk terlalu banyak dan kurangnya permintaan dari pelanggan. Namun Alhamdulillah, kita dapat tempuhi laluan sukar tersebut dan masih mampu meneruskan cabaran 2011.
Tahun 2011 sangat penting kepada kosmetik halal V2. Ini kerana usia kosmetik V2 dipasaran akan memasuki 5 tahun dan sudah boleh dianggap matang dan dewasa. Pada usia ini..kita sepatutnya sudah berjaya dan cemerlang. V2 sewajarnya telah menjadi ikon kosmetik halal di Malaysia seperti yang kita impikan. Dan stokis dan pengedar V2 sepatutnya telah menecapi kejayaan bersama produk ini. Jadi adalah sangat penting untuk memastikan berlaku anjakan paradigma dalam pemasaran kosmetik halal V2 pada tahun 2011.
Anjakan paradigma yang utama adalah bagaimana untuk menukar persepsi pengguna kepada kosmetik halal. Dan kita perlu meningkatkan martabat kosmetik halal supaya menjadi kosmetik utama digunakan oleh para muslimat.
Untuk memastikan kosmetik halal V2 diterima dan digunakan secara meluas.. semua pihak perlu mengembling tenaga untuk mencapai matlamat tersebut.

Tanggung Jawab Syarikat

1. Bermula dari pihak syarikat.. kita perlu sentiasa memastikan kualiti kosmetik halal V2 bermutu tinggi dan setanding jenama antarabangsa. Kita hendak melihat orang Malaysia bangga menggunakan V2.. mereka tidak malu untuk menyimpan kosmetik ini dalam tas tangan mereka dan seterusnya mempromosi pada rakan rakan mereka supaya berubah kepada kosmtik halal.

2. Syarikat perlu menstrukturkan semula rangkaian stokis dan pengedar sedia ada. Hanya pengedar yang benar benar serius dan fokus sahaja perlu diiktiraf.. dan perlu melantik banyak lagi pengedar baru di negeri tertentu. Ini sangat penting untuk memastikan produk kita berkembang dan senang untuk dibeli.

Tanggung Jawab Stokis & Pengedar

Seterusnya para stokis dan pengedar perlu memainkan peranan mereka sebagai penyambung rangkaian diantara pengeluar dan pengguna.

1. Kita lihat ramai usahawan melayu khususnya telah lupa erti sebenar pemasaran. Kita sudah tiada lagi fokus kepada produk yang kita wakili.. Ramai usahawan kita hanya tahu membeli produk, pelbagai jenama.. letakkan dalam rak masing masing dan menunggu permintaan dari pelanggan. Cara ini sudah tidak boleh diguna pakai lagi. Mungkin 5-6 tahun yang lalu cara ini berkesan kerana pasaran kosmetik Malaysia berapa pada klimaknya.. Tetapi hari ini kita kena kembali kepada ‘basic marketing principles’ dimana kita perlu membuka pasaran dan fokus kepada produk kita.

2. Para stokis dan pengedar kita perlu mengambil langkah untuk membawa kosmetik halal ini kepadapasaran dan sampai kepada pengguna.. dan seterusnya meyakinkan mereka bahawa ini alternatif terbaik kepada pengguna muslim khususnya kaum muslimat.

Saya bukan hanya mencari keuntungan dalam perniagaan semata mata.. tetapi perjuangan didalam memastikan yang halal itu wajib dan merupakan fardu kifayah kepada kita untuk ditunaikan. Sudah terlalu lama kita dilambakkan oleh kosmetik jenama antarabangsa yang tidak tahu asal usul pembuatannya.. kita dikaburi dengan glamour jenama2 tersebut yang ternyata harganya mahal.. maka sekarang adalah masanya kita mambawa produk tempatan yang diiktiraf halal untuk pengguna muslim. Kita perlu bangga dengan hasil kerja kita..dan kosmetik kita. Jadikanlah V2 sebagai ikon kosmetik halal..
Saya ingin mengucapkan rasa penghargaan dan terima kasih kepada semua stokis, pengedar dan pengguna setia kosmetik halal V2, kerana anda telah memberi sokongan yang teramat penting dalam merealisasikan matlamat kita kearah menjadi ikon kosmetik halal negara.
Marilah kita sama-sama mendoakan kejayaaan semua yang terlibat dalam perniagaan kosmetik halal V2, semoga tahun 2011 menjadi pemangkin kepada kejayaan cemerlang kita semua.. InsyaAllah.

Dari,
Azrymi Bin Kudin
Pengasas Kosmetik Halal V2
Tarikh: 1 Jan 2011 @ 12.30am